Tuesday 27 March 2012

>>Perempuan memang ganas~~

Curious dengan tajuk aku kali ni kan? (kalau tak pun takpe) Hahaha… memang betul perpempuan ni memang ganas… tak percaya? Cuba korang naik KTM dari stesen2 yang selalunya sesak contohnya kl sentral, mid valley atau BTS. Lepastu korang perhatikan bila tiba je train kat platform, akan berlaku satu situasi yang agak menggerunkan.



Kat coach wanita, korang akan nampak diorang ni saling bertolak-tolakkan sesama sendiri untuk menyumbat diri mereka dalam train yang diorang sendiri pun dah tahu sesak. Tak cukup dengan tu lagi, yang dekat luar siap ketuk2 tingkap train(sambil buat muka ganas) dengan buat isyarat suruh penumpang yang ada kat dalam barganjak masuk kedalam lagi. Serius korang memang ganas… serupa pengganas pun ada. Hilang dah kelembutan korang sebagai seorang perempuan melayu.

Tak boleh jugak nak salahkan diorang, maybe diorang ada hal penting yang nak kena sampai pada tepat masanya. Tapi yang aku hangin sangat haritu… berlakunya kejadian ni dekat stesen KTM bandar tasik selatan. Aku dengan beg galas yang berat tambah dengan beg tangan yang agak berat jugak (sebab beg tangan jenis doremon punya,macam2 ada..). Belum tiba lagi train yang aku naik tu di platform, aku dah nampak sekumpulan wanita tengah tunggu train untuk masuk dan pergi ke destinasi seterusnya.

Bila bukak je pintu train tu, aku tunggu dua  orang makcik dan sorang kakak yang bawak dua anak kecil dia turun dari train dulu sebab kesian kat diorang tengah sesak2 tu. Sesudah je kakak yg bawak anak tu turun, diorang yang tengah tunggu nak masuk kat luar tu, terus serbu,berebut-rebut nak masuk. Aku ni yang nak keluar dari  train ditolak kedalam semula oleh mereka dengan rakus. Memang time tu aku rasa nak bagi tendangan halilintar kat diorang.

Nasib baiklah ada satu tangan dari luar yang sudi menarik aku keluar (sakit jugak la tangan aku). Bila aku dah selamat keluar, aku cakap ‘thanks’ kat orang yang tarik aku keluar tu. Dia hanya mampu tersenyum je kat aku sebab dia pun nak join berebut masuk train…



Sepanjang perjalanan kaki aku ke terminal bas, hati aku panas je dengan diorang yang dah mengancam nyawa aku tadi. Masalahnya aku tengok coach lain (bukan coach wanita) relax je diorang, tak ada pun nak tolak2.

Pada aku benda ni tak adalah mengancam nyawa aku sangat. Tapi kalau ada kanak2 ke, orang tua ke, macam mana? Elok2 la beratur, kalau korang tolak2 macam mana sekalipun, kalau train tu dah full, korang tak dapat masuk jugak.  

Dilema betul bila nak naik KTM ni… kalau naik coach wanita, kemungkinan besar akan menjadi mangsa keganasan… nak naik coach biasa, takut jadi mangsa lelaki gila s**s… haduiiii… apepun wanita2 diluar sana, jaga diri, jaga adab dan yang paling penting tolong jangan jadi pengganas. Kesian kat anak2 and orang tua yang naik train tu.


Monday 19 March 2012

>>Aiskrim VS Coklat

Kebanyakkan girl mesti suka coklat atau ice cream kan? Pilihan aku dah semestinya ice cream... nyum3... Aku tak makan coklat sangat sebab pada aku terlalu manis and kalau kunyah nanti terselit-selit kat celah gigi. hahaha...


eww...

Aku lebih suka ice cream sebab sifat dia yang lebih soft and less sweet than chocolate. Bagilah aku sebanyak mana pun ice cream, kejap je aku boleh habiskan sorang2. Ingat lagi dulu ada someone pernah bagi aku coklat cadbury yang saiz besar punya. Disebabkan minat aku pada coklat tu agak kurang, aku just jamah dua bar je. Yang balance aku bagi kat kawan2 aku yang memang hantu coklat.

yang ni memang fevret aku..nyum3...

Memang aku akui sejak beberapa hari ni minat aku pada aiskrim semakin menjadi-jadi... Satu bucket besar seperti gambar kat atas tu aku boleh habiskan dalam masa beberapa minit je (tanpa perkongsian...hahaha)... 

Jadi sesiapa nak ambil hati aku, gunakanlah ice cream yang sejuk, soft dan mudah cair... jangan gunakan coklat yang pekat dan manis... (nak suruh aku kena diabetes ke?). Lagipun aku mudah kena migrain, so sesape yang ade migrain ni tak elok makan coklat sangat ye...
dapat yang ni pon sedap jugak... nyum3

Ada sesape tak yang hantu aiskrim macam aku? kalau ada jom kita lepak makan aiskrim baskin robbins... hihihi... =)

Kerja oh kerja....

Haaa....stress bila orang asyik tanya "dah kerja ke?"... stressnyaaaa.... tapi tak boleh jugak nak salahkan diorang yang bertanya. At least ada lagi orang yag caring pasal aku... huhuhu... Tapi next time walau macam mane sekalipon caring korang kat aku, plez la jangan tanya soalan tu lagi... 


yang mana satu aku??


Seperti yang aku dah tulis dalam profile, aku seorang pemegang diploma kejururawatan daripada sebuah kolej swasta kat selangor. Aku dapat rasa satu kesukaran yang amat untuk menempatkan diri aku di hospital2 swasta yang ada kat malaysia sekarang... kalau dah kat malaysia pon susah nak dapat kerja, macam mana lah aku nak pergi arab saudi ni... 


Malaysia sekarang tengah ada masalah lambakkan jururawat. Ingat lagi masa sebelum aku start belajar nursing dulu, punyalah sebok malaysia ni kekurangan tenaga kerja jururawat.  Sekarang apa dah jadi?? Punyalah susah nak dapat kerja sekarang sampaikan ada sorang kawan aku sekarang dah bertukar kos... dari nursing dia tukar buisness management... 


Hari selasa ni aku ada interview kat nursing centre kajang... kalau dapat, alhamdulillah lah... kalau tak dapat memang frust menonggeng la lagi gamaknyer. Aku dah bertekad, sampai hujung tahun ni kalau aku still lagi tak dapat kerja, aku nak tukar kos... Apa yang aku terfikir sekarang ialah kos pendidikan. Tapi tak tahu lah kalau sebulan dua lagi aku dah bertukar fikiran.


Ada junior sekolah menengah aku dulu bagi tahu pada aku yang diorang nak amik kos nursing... Awal2 lagi aku dah bagi tahu kat diorang, nak belajar boleh, tapi tak sure untuk kerja bernasib baik atau tak. Bukan tujuan nak menghasut, tapi itulah realitinya sekarang. 


Aku anak yag ketiga dari 5 orang adik beradik. Ayah aku masih lagi bekerja (belum pencen), Jadi bab2 duit ni aku tak adalah terasa sangat, tapi apa yang aku terasa adalah satu kebosanan yang terlampau bila duduk rumah seperti surirumah sepenuh masa. 


Seriously aku bukan jenis orang yang suka duduk rumah je. Aku jugak bukan jenis orang yang suka keluar melepak tak tentu pasal. Aku dapat rasakan yang aku ni seorang yang suka bekerja. Masa praktikal dulu aku tak ada masalah pun kalau kena extend kerja lebih dari masa yang ditetapkan. Tapi maybe untuk masa aku single lagi ni boleh la... bila dah ada keluarga sendiri memang sharp la time balik aku. hahaha...


Ingat lagi kata clinical instructor aku dulu... kerja ni kita kena enjoy, barulah tiap2 hari kita boleh senyum nak datang kerja. Kalau kita tak enjoy engan kerja yang kita buat, tu yang jadinya datang kerja muka macam tertelan biji asam.


Korang doakanlah aku lulus interview kali ni. Aku dah bosan hidup sebagai penganggur yang berjaya (berjaya la sangat). Sangat jelous bila tengok ramai kawan2 aku yang dah bekerja. =(



Cinta dan aku...

Sepanjang 3 tahun lebih aku study untuk diploma, tipulah kalau aku kata yang aku tak pernah bercinta. Pada masa itulah aku nak katakan yang aku menemui cinta pertama aku... (kenapa? tak percaya?) Aku memang seorang yang bukan senang2 nak jatuh cinta pada seorang lelaki. 


Tapi kitorang punya relationship tak lama... kejap je... padahal kitorang tak ada gaduh apepun... yelah, nilah yang dikatakan jodoh dan pertemuan ditangan Allah... kalau dah memang tertulis yang aku ni bukan jodoh dia, setia macam mana sekalipun dia tetap takkan kekal dengan aku. 




Seperti yang aku kata diatas, aku seorang yang susah nak jatuh cinta... tapi once aku dah jatuh cinta memang susah aku nak lupakan. Macam2 aku dah buat untuk lupaka dia, solat hajat, sibukkan diri baca al-quran, zikir and so on... Dalam 2 tahun lebih jugak la baru aku berjaya lupakan dia. Lagipun aku dah tahu yang dia dah ada 'calon' untuk future dia... entah dah kawin ke tak dia sekarang...


ayat ni aku amalkan setiap kali selepas solat... alhamdulillah berkesan...

Alhamdulillah aku tak termasuk dalam golongan orang yang nak mencederakan diri sendiri bila ada masalah (terutama putus cinta).
Banyak jugak aku muhasabahkan diri aku sendiri, ada hikmah sebalik semua ketentuan yang Allah bagi. Allah akan menguji hambaNya dengan ujian yang mampu kita hadapi. Kalau kita gagal hadapi ujian yang Dia berikan, maka gagallah kita sebagai seorang manusia yang sedang berlakon di pentas dunia.

Tengah2 blogwalking, terjumpa pulak benda ni...

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Kahwin? Belum Sedia atau....?

Semalam aku pergi memenuhi undangan kenduri kahwin salah sorang kawan rapat aku kat kolej dulu, Syazana... (kawin dah dia)... Setakat ni yang sebaya dengan aku dah ramai jugak la kawin... rasanya dah lebih sepuluh orang la jugak. Yang dah ada anak and nak dapat anak pun ada. Tahniah ka korang yepp!!


Couple ni dah nak dapat anak tak lama lagi...


Ni kawan aku yang kawin semalam...


Bila berkumpul ramai2 dalam kenduri semalam, macam biase la, ade la suara yang akan cakap "lepas ni sape la pulak"... hahaha... kalau ditanya soalan tu pada aku, aku just mampu kata "no komen" (bajet artis)... Lagipun jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua terletak di tangan Tuhan. Mane la taw tiba2 esok lusa anak raja masuk minang aku... hahaha.... Buat setakat ni apa yang mampu aku kata just "no komen"...

Lagipun aq dah bertekad, selagi akak2 aku tak kahwin dulu, aku takkan langkah bendul diorang. Bukan ape, aku taknak orang nampak macam akak2 aku tu tak laku... padahal diorang lagi laku dari aku... hahaha... (joke2...) 

Haritu ada chat dengan sorang sahabat ni...

"ko bila pulak wey?" (kahwin)

"aq nak keje elok2 dlu la, nk beli rumah dlu.. nnti senang, husbnd aku buat hal je, aq tendang dia keluar rumah..hahaha"


Memang sebenarnya target aku nak memiliki sebuah rumah dulu sebelum kahwin... orang kata biasenye lelaki yang nak kene ada rumah dulu sebelum kahwin... tapi pada aku, lelaki ke perempuan ke, aset2 ni penting untuk masa depan yang kita tak tahu cerah atau mendung...

Kawin ni bukan mainan, sebelum kahwin kena sedia dulu untuk pikul tanggungjawap sebagai seorang isteri...bukan senang... haritu ada jugak tanya2 dekat kawan yang dah nak dapat baby tu...

aku: mimi, masa mimi kawin memang mimi dah sedia ke nak jadi wife orang?

mimi: tak adalah sedia sepenuhnya, lepas kahwin suami yang banyak tunjuk ajar pada mimi. 

aku: untunglah dapat suami soleh....

mimi: alhamdulillah...

So for the conclusion, sedia atau tak, bila dah kahwin, insyaAllah secara automatik diri sendiri akan bersedia. Tahniah la jugak pada yang coming soon tu yep... Semoga bahagia sehingga ke jannah... aminn ya rabb....