Wednesday 1 February 2012

>>Dia bahagia... aku??

Pengalaman lepas, kenangan lepas bukan semua orang boleh lupakan semudah ABC (macam iklan kicap pulak)... Apetah lagi kenangan yang banyak mengubah kehidupan dan emosi kita. Mungkin pada mata kawan2 aku, aku ni bodoh sebab still berada di takuk yang lama. Taknak bukak hati aku pada yang lain... Wahai sahabat, aku ada alasan tersendiri...




Alasan aku ada banyak... salah satu darinya adalah aku belum bersedia nak bukak hati aku lagi. Aku bukan orang yang mudah jatuh cinta macam sesetengah orang. Walau macam mana sakit pun dia dah buat kat aku, ingatan aku memang susah nak lupa kat dia. Fahamilah aku wahai sahabat yang terlalu caring pasal aku.


Walaupun dah 2 tahun lebih perkara tu terjadi, aku masih perlukan masa yang lebih lama lagi untuk merelakan semuanya. Walaupun aku masih sedih dengan perkara ni, aku cuba sedaya upaya untuk sorokkan kesedihan ni dari korang. 




Tipulah kalau aku tak ada stalk fb dia... hahaha... Truly, setiap kali aku online aku akan stalk profile dia. Dia bahagia dengan hidup dia sekarang... bahagia sangat... Setiap status yang dia update dah cukup menggambarkan betapa bahagianya dia sekarang. Tengok, betapa mudah dia lupakan aku, sedangkan aku??  Bukan setakat fb, blog dia pun selalu aku bukak... Hancur remuk hati aku bila dapat tahu he'll be married soon...! 


Aku tak tahulah berapa masa lagi yang aku kena ambik untuk lupakan dia... mungkin setahun atau dua tahun lagi? entahlah... Setiap hari selepas solat aku selalu berdoa agar Allah campakkan perasaan aku ni sejauh-jauhnya. Gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah yang telah patah... ='(