Friday 27 April 2012

Dear fren, plez stay wif me 4eva yep!

Siapa manusia kat bumi ni yang takde kawan sila angkat kening... hehehe... i'm sure that semua orang ade kawan rite? aku pun ade kawan...ramai...beribu... 

Tapi aku hanya ada dua orang je kawan baik... I mean trully best friend...^^ They are Norhasanah binti Ali (Ana) and Nur Ain binti Jamaluddin (Ain). Aku treat diorang macam family aku sendiri.


Dari kiri: Aku,Ana,Ain...


Kenapa diorang ni kawan baik aku? oklah, aku cerita kat korang la salah satu peristiwa dimana korang akan nampak kenapa diorang layak jadi kawan baik aku... Once upon a time (cewah,mcm cite snow white lak...=P). Ok2 serius...dulu masa kat kolej, antara kami bertiga aku rasa akulah orang yang paling kerap menerima ujian dari Allah... Pasal result exam, pasal pinjaman PTPTN, and so on. Aku kerap kali kena turun naik pejabat pengurusan mahasiswa untuk selesaikan beberapa masalah. 


Aku bukan sekuat mana yang disangka. Kadang2 ujian Allah datang membuat kaki aku rasa lemah nak berdiri. Setiap masalah yang menimpa aku sebolehnya aku tak nak sampai ke pengetahuan keluarga aku. Jadi pada merekalah tempat aku mengadu (selain mengadu pada Allah). Ain adalah kawan yang selalu temankan aku turun naik pejabat pengurusan mahasiswa. Aku tau dia penat dengan jadual kelas yang agak padat. Tapi aku terharu sangat dia rela korbankan masa rehat dia demi nak teman aku. 

Ana pulak, dia bagaikan sabuah buku kata2 motivasi pada aku. Setiap kata2 dia selalu membuat aku berfikir dengan lebih jauh. Sifat dia yang humble m'buat semua orang suke berkawan dengan dia. Aku ni je kadang2 suka cari gaduh dengan diorang. Bukan ape, aku bosan la asyik berbaik je... gaduh2 sikit barulah best... hahahaha... 


Seriously aku bukan kawan yang baik sangat. Sebab aku ni suka cakap ikot sedap mulut je. Thank god diorang boleh terima kekurangan aku ni seadanya... Aku jugak kadang2 ada sifat pentingkan diri sendiri. Ya Allah...jahatnya aku... Pernah sekali masa aku stress dengan masalah aku yang plus2 tu sampaikan aku 'ter'masam muka dengan diorang... sory geng, aku tak bermaksud nak marah korang pun sebenarnya... =(


Macam biaselah, kehidupan kat kolej ni mesti ada time 'pokai'... hahaha... ingat lagi satu malam tu aku dengan Ain kongsi duit untuk beli dinner kitorang untuk malam tu. Sedih kan??? tapi aku tetapi rasa bahagia sebab aku ada kawan yang sanggup susah n senang sama2... Ana pulak kadang2 jadi supplier meggi. Haishhh...rindu la zaman2 tu... Masa tu kira macam duit aku,duit ko jugak,duit ko,duit aku jugak... sikit sama sikit,banyak sama banyak... kitorang tak pernah berkira pasal duit... thats why kitorang boleh bahagia walaupun 'pokai'... hehehe...

kadang2 ni la dinner kitorang...alhamdulillah.. =)

Pendek kata, tanpa diorang aku rasa susah untuk aku survive hidup kat kolej dulu... dengan ujian yang bertimpa-timpa... Sedih mereka,sedih aku jugak... gembira mereka, gembira aku jugak. Jangan ada sesiapa pun buat mereka menangis... sebab mereka tak pernah biarkan aku menangis...

Selalu orang kata perempuan mesti lebih pentingkan pakwe dari kawan... owhh.... but not for me okay... Kawan aku berdua tu lebih penting dari sidia ye...(sorry to him) MELAINKAN bila aku dah kahwin nanti barulah suami yang menjadi keutamaan... =)

Tuesday 24 April 2012

>>It's complicated...

Haiiisshhhh... About the past 2 weeks, kakak aku yang pertama melansungkan hari pertunangan dia kat rumah kitorang... Kesemua rombongan dari pihak lelaki sampai lepas waktu Zohor. Ramai jugak la, dalam 4 kereta kot (tak kira pulak aku)... Majlis pertunangan akak aku ni dibuat berpandukan adat kita org melayu... siap ade hantaran, sirih junjung and macam2 lagi... 


Macam biase la, sebelum future mother in law akak aku sarungkan cincin kat dia, mestilah ade perbincangan sikit untuk majlis kahwin yang akan datang. Yang buat telinga aku bukak besar2 tu, mase diorang cerita tentang hantaran. Seriously bagi pihak ibu dan ayah aku memang tak ada masalah la nak letak berapa ribu pun hantaran (tapi agak2 sendiri la kan...). Tapi, yang membuat aku rasa sedikit tak puas hati ialah bila orang yang bukan dari keluarga terdekat mula berbisik-bisik kat belakang... ade yang kata "7 ribu je? anak ehem2 haritu 10ribu kot.." geram pulak aku dengan orang yang bermulut besar ni... 






Pada aku, 7 ribu tu kira ok la, daripada letak mahal2 pastu dok buat loan sana-sini. Nanti anak dah besar pun loan x habis bayar lagi. Nasib baik lah ayah and ibu aku tak berfikiran macam tu. 






Aku rasa sebab hal2 yang macam ni lah orang susah nak kawin awal. Kalau ikot aku, lagi senang... tak payah la nak tunang2 bagai... duit yang buat majlis pertunangan tu simpan je buat kenduri kahwin. Takdelah nak membazir duit and tenaga.


Tapi lain orang lain cara, lain pendapat... ikotlah masing2 punya citarasa. Nak mudah atau sukar... Pada aku, utamakan yang wajib je pun dah cukup... =)




Saturday 14 April 2012

Kimia-Melda Ahmad



Aku mula jatuh hati kepadamu,

Setelah kau kata cinta padaku,

Masing-masing dulu punya pasangan,

Akhirnya kita bersama...


Pertama kali kita bersua bertentang mata,

Terasa ada kimia diantara kita,

Kau kucup pipiku kau bisikkan cintamu,

Kau kata 'baby I love you',

Kau cairkan hatiku...


Bahagia ku rasa,

Disaat kita berdua bersama,

Memandang bulan terang. menyaksi bintang-bintang,

Kau seru akulah pelangi cintamu...

Thursday 12 April 2012

BeFunky-Photo Effects and Photo Editing

Aku terjumpa satu software yang membolehkan kita edit gambar kita dengan cara yang sangat mudah and hasilnya menjadi sangat cantik. Mungkin orang lain dah lama jumpa sofware ni, tapi software ni agak baru jugak lah bagi diri aku. hehehe... Nama software ni "Be Funky"... thanx to my friend, Ana yang memperkenalkan software ni kat aku.



Agak seronok jugak la aku mengedit gambar semalam dan hasilnya sangat memuaskan hati... Memang banyak lagi software lain untuk edit gambar, tapi pada aku, untuk orang yang takde latar belakang IT macam aku ni, sesuai guna software ni je sebab ianya sangat mudah...






ni antara pic yang sempat aku edit semalam...


Saturday 7 April 2012

Orang yang kata,aku tak kata...

“cintai seseorang yang mencintaimu,
Bukan seseorang yang kamu cintai”

Pernah dengar atau terbaca tak perkataan kat atas ni? Mesti korang selalu ternampak atau terdengar kan? Aku akui memang betul lebih baik kita mencintai orang yang mencintai kita, tapi pernah tak korang cuba untuk melakukannya? Maksud aku, pernah tak korang berjaya cintakan seseorang yang korang memang tak ada secebis pun rasa cinta kat dia sebelum ni, sedangkan dia mati-matian cinta kat korang? Pernah tak? Kalau ada yang berjaya memang aku tabik spring la kat hang.



“patah tumbuh,hilang berganti”

Amboi2…senangnye cakap…ingat senang ke? Dulu mase aku frust menonggeng adalah sorang kawan aku ni cakap kat aku sebijik macam ayat kat atas tu… Masa tu aku rasa nak cekik2 je kawan aku yang tengah menghadap muka aku. Jangan nasihatkan kat orang lain benda yang korang sendiri pun susah nak buat okay! Hahahaha…





“cinta tu buta…”

Bila pulak aih cinta tu ada mata… apepon, cinta tu tak buta, yang buta tu orang yang bercinta. Masa bercinta yang tak elok semua nampak sempurna je. Flatus pun bau wangi… hahaha… bila putus, semuanya tentang dia ko kata hampeh.. (but not for me)…